Sunday, August 24, 2008

Pesanan Upline

MyUpline Wrote.....
Dilema Menjelang Ramadhan.

3 tahun yang lepas, saya sering cemas bila ketibaan bulan Ramadhan. Ye lah... Banyak belanja bulan Ramadhan ni terutama untuk persiapan Hari Raya. Itu belum campur dengan perbelanjaan untuk balik kampung lagi. Kain untuk baju melayu, untuk baju kurung isteri, baju anak-anak (sure nak 'sedondon' punya satu family). Belum kira bab upah untuk tukang jahit lagi. Harga dari tahun ke tahun makin naik je. Nak beli yang dah siap, lagi mahal. Ah! tahun ni sepasang je baju baru dah la. Raya kedua guna baju lama! Tak pun pakai T-shirt je raya kedua. Langsir? Sarung kusyen baru? Ah! Guna yang tahun sebelumnya jer la. Congak punya congak 2,3 ratus jugak kat situ...

Bulan puasa ni lagi di tahan nafsu makin menjadi-jadi pulak dia. Time bulan biasa reti pulak beli stock kat pasar basah untuk seminggu lepas tu masak sendiri. Tapi bila time puasa, perasaannya hari-hari nak gi ke pasar ramadhan beli ayam percik la, otak-otak la, tepung pelita la, murtabak la. Lauk yang masak dah sekian. Hilang kisah belanja 3-4 ratus sebulan untuk beli barang dapur, bulan puasa UP lagi extra RM300 untuk beli juadah berbuka. Congak punya congak 5,6 ratus jugak kat situ...

Stanby sikit duit untuk minyak dengan tol pergi balik kampung plus jalan-jalan rumah saudara. Mana yang balik ke utara, terasa macam nak bercinta je dengan perempuan jaga tol tu bagi dia lepaskan kita lalu secara percuma. Minyak dah la sekian. Dulu kalau balik, tuang full tank baru RM70. Skang full tank dah jadi RM120. Tu belum campur kos untuk beli 'minyak untuk jimat minyak lagi' (aku tak pernah percaya pada mender nih). Ada member kata leh campur minyak tanah, bagi jimat sikit tapi takut jahanam pulak enjin. Congak punya congak pergi balik 3,4 ratus jugak kat situ...

Stanby pula duit raya untuk adik-adik kat kampung (abang kerja KeyEl balik setahun sekali takkan la bagi RM5 jer abang?) So nak jaga standard punya pasal, gagahkan diri bagi kat adik-adik RM50 hengget sorang. 5 orang dah RM250 kat situ je. Nak hulur kat mak lagi? Takkan bagi kat mak RM50 jugak? Mesti kena 'UP' sket! Dah bagi kat mak, takkan takmo hulur kat abah pulak? Anak buah? Anak buah takper bagi RM5 jer sorang. Diorang kecik lagi. Congak punya congak 5,6 ratus jugak kat situ...

Mulalah draft atas kertas kira belanjawan. Isk! Pusing ikut mana pun Short jugak! Mujurnya gaji bulan ni bos bagi awal sempena menyambut raya katanya. So jarak dari gaji bulan lepas dalam 15 hari jer. Balance gaji lepas ada lagi, tambah pulak gaji bulan ni. Boleh la cover perbelanjaan hari raya. Dalam pada tu kita tak sedar yang lepas raya nanti terpaksa tunggu dekat 45 hari pulak untuk mendapatkan gaji bulan berikutnya. Duit dah habis dibelanjakan. Baru biru muka. Pampers anak pun kalau boleh recycle rasanya mau guna semula je untuk jimat belanja. Raya haji mulalah SMS kat bonda "Mak, tak dapat cuti... kena kerja". Padahal sebab takde budget dah nak balik...

Saya yakin, antara kita masih ada yang mengalami dilema seperti saya sebelum ini. Dan jika kini anda masih mempunyai dilemma yang sama, maka tibalah masanya untuk anda buat perniagaan MyMode ini dengan bersungguh-sungguh. Saya sering dihujani oleh soalan seperti:

* "Okay ke MyMode ni?"
* "Boleh buat duit ker?"
* "Margin kecil macam ni, boleh untung ribu-ribu ke..?".

Untuk makluman semua, Saya fokus untuk buat MyMode selama 8 bulan untuk mendapatkan bonus di atas angka Rm1000 saya yang pertama. Pada bulan ke-9 bonus saya menjadi RM4,650.82. Bulan ke-10 meningkat kepada RM8,401.19. Rupanya di tahap ini dalam masa sebulan pun peningkatan bonus boleh jadi se-drastik ini. Berbaloi rasanya usaha saya 7,8 bulan sebelumnya. Bulan berikutnya naik lagi kepada RM12,101.67 sebulan. Sehinggalah saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan pada March 2007 apabila incentive bulanan saya dalam MyMode melebihi angka RM20,000 sebulan. Kini telah setahun setengah saya menampung keluarga saya sepenuhnya dengan hasil perniagaan ini. Dan kini terasa 'sangat excited' untuk menyambut Ramadhan, untuk pulang beraya dikampung dan sebagainya.

Saya bertanya kepada diri saya.

1. Sekiranya dulu aku berkerja bersunggu-sungguh dengan tekun dan penuh dedikasi 8-9 jam sehari selama setahun tanpa pernah mintak cuti dengan bos, Adakah gaji aku akan dinaikkan oleh majikan dari Rm2500 sebulan kepada RM5000 sebulan? Jangan kata RM5000... Naik Rm500 dari gaji pokok asal pun dah bertuah sangat rasanya. 4 Tahun saya kerja, bonus tahunan baru sebulan gaji (dalam RM1800 ke RM2500 SETAHUN! Itupun dibayar 2 kali dan bukannya sekali gus.)

2. Kalau selepas 10 tahun aku bekerja bersungguh-sungguh, lepas tu aku berhenti kerja, adakah majikan aku akan terus membayar gaji aku atas jasa yang pernah aku taburkan sebelum ini? Mimpilah!

3. Katakan aku kerja sampai satu tahap aku naik ke pangkat Ketua Penolong Pengarah atau Timbalan Pengarah dengan gaji sekitar RM5000 ke RM8000 sebulan, kalau aku meninggal ker.. sakit ker.. boleh tak aku nak wariskan jawatan pekerjaan tu kepada anak aku? So dia boleh ambik alih aku punya spot?

4. Aku cuma buat Mymode secara sambilan 2,3 jam sehari mengadap komputer untuk recruit agent baru dan kembangkan rangkaian. Baru 9 bulan side income aku ini dah jadi 2 kali ganda gaji aku sendiri. Kalau aku buat 8jam sehari sama macam aku kerja agaknya berapa pulak aku boleh dapat?

5. Aku buat MyMode walaupun susah nak berjaya, tapi bila aku buat sungguh-sungguh, dalam masa setahun income aku dah sama dengan gaji level Pengarah Urusan. Tapi kalau aku kerja bersungguh-sungguh untuk sampai ke tahap Pengarah Urusan 20 tahun berkhidmat dengan penuh dedikasi pun belum tentu lagi. Jadi yang mana sebenarnya lebih susah?

6. Kawan-kawan aku selalu kata buat MLM ni risiko tinggi sebab tiada pendapatan tetap. Tapi aku buat MyMode sampai pangkat 5StarCM, aku bagi simcard tu dekat anak aku. Automatik anak aku skang ada income 5StarCM. Sambil-sambil tuh aku develop lagi satu account untuk jadikan 5StarCM jugak. Kalau jadi apa-apa kat aku, income dari 'simcard' tuh tetap berjalan macam biasa. Sedangkan pekerjaan aku sekarang ni, langsung tiada jaminan. Anytime boleh kena buang kerja. Kalau aku sakit, MC, gaji tak jalan jugak, Anak aku tetap tak boleh nak mewarisi pendapatan aku. Jadi yang mana sebenarnya lebih berisiko?

7. Orang kata kat aku, "Ko ingat senang ke nak berjaya dalam MyMode? Kena kerja keras tau nak cari downline!". Aku pikir balik. Apa pekerjaan aku yang memaksa aku bangun bagi, balik petang, ulang alik dari rumah ke pejabat, kerja 8 jam sehari tak boleh relek sikit kena warning dengan boss ini bukan kerja keras ke? Wal hal aku buat mymode ikut suka aku jer. Nak bangun pukul 2 petang pun tiada siapa nak larang. Bila boring mengadap komputer, aku masuk bilik layan Astro. Habis tu, yang mana satu yang kerja keras nya?

Dari 7 persoalan yang saya ketengahkan ini, sekiranya terdetik dalam hati dan fikiran anda menyatakan "YA" maka usahalah untuk menjadi seorang yang berjaya dalam perniagaan ini. Sebagai 'employee' yang makan gaji di tempat kerja anda sekarang, tak semua usaha anda terbalas. Tiada jaminan untuk setiap ketekunan dan kerja keras anda itu akan dibalas dengan kenaikan gaji atau pangkat. Malah ada kisah si A yang rajin buat kerja, si B pula yang kena promote naik pangkat. Tetapi dalam MyMode setiap usaha yang anda lakukan pasti akan ada ganjaran.

Jika di tempat kerja anda mati hidup balik pun belum tentu gaji anda boleh menyamai boss atau melebihi gaji boss anda, Tapi dalam MyMode anytime anda boleh menyamai dan melebihi bonus insentif upline anda sendiri. Jika di tempat kerja anda mungkin perlu kipas boss, politik sket sana sini untuk memastikan kejayaan anda, dalam MyMode sesiapa saja yang berusaha pasti ada ganjaran yang setimpal dengan usaha anda.

Saya cabar anda semua untuk mengubah nasib masing-masing bermula detik ini :)

Kepada sesiapa yang:

* Dah lupa PIN Mymode - Call Agent Interaction Center (AIC) MyMode ditalian 03-42702703 (waktu pejabat) untuk mendapatkannya semula.

* Dah lama tak aktif tapi baru bercadang nak aktif semula - Call Agent Interaction Center (AIC) MyMode ditalian 03-42702703 (waktu pejabat) untuk mendapatkannya mengaktifkan semula akaun MyMode anda sekiranya ianya telah dibekukan akibat tiada sebarang uruasniaga dalam tempoh 6 bulan berturut-turut.

* Dah guna no HP lain - Anda sebenarnya tak perlu register nombor baru. Hanya perlu tukarkan keahlian dari no HP lama tu kepada no HP baru yang anda gunakan sekarang. Sila rujuk cara-caranya di sini.



Okay, untuk wasiat kali ini, ada beberapa perkara penting yang ingin saya highlightkan pada kali ini:



1) Official Toolbar Prepaid4U

Official Toolbar Prepaid4U merupakan toolbar yang direkabentuk untuk internet browser anda (Internet explorer & Mozilla firefox supported)

Dengan toolbar ini anda boleh mengakses laman Prepaid4u dengan lebih mudah. Disamping itu maklumat yang anda mahukan boleh diperolehi dengan lebih cepat tanpa perlu membuka laman web prepaid4u terlebih dahulu. Semua menu telah disusun mengikut kesesuaian.

Bukan itu sahaja, kepada sesiapa yang telah menggunakan toolbar ini, anda akan mendapat berita dari Admin Prepaid4u dengan lebih pantas sekiranya terdapat sebarang update. Saya amat menyarankan anda menginstall toolbar ini pada internet browser anda bagi memudahkan saya menyampaikan maklumat terkini serta info kepada anda.

Berkemungkinan besar maklumat yang diberitahu melalui toolbar ini tidak akan diulang atau disampaikan kembali kepada mereka-mereka yang tidak menggunakannya. Jadi amat rugi jika anda tidak meng-install toolbar ini. Ianya 100% selamat digunakan dan tidak mengandungi sebarang unsur malmware, spam atau virus.

Official Toolbar Prepaid4U boleh didapatkan dari sini: http://prepaid4u.ourbusinesstoolbar.com/



2) Pencapaian Agent Prepaid4U

Tahniah kepada mereka-mereka yang baru sahaja menjadi 5 StarCM antaranya:

* ABDUL KHALIQ ABDUL RASHID
* ASMAWATI ABDUL MANAP
* SALMI OSMAN
* ZAIRUL AZIZI B HASBUNA
* NORARZAILINA BINTI ABDULLAH
* MUHAMMAD SYUKUR SAPUAN
* termasuk anak sulung saya Adi Ahmad Danish yang baru berumur 2 tahun 4 bulan yang baru sahaja jadi 5StarCM 4 hari lepas.

Ini menjadikan status terkini pencapaian agent di bawah group Prepaid4U seramai 26 orang berpangkat 5StarCM dan 19 orang berpangkat 6StarCM. Yang lain, bila lagi? Mereka-mereka ini tiada bezanya dengan anda. Jika mereka mampu, kenapa pula anda tidak?



3) Penurunan PV Maxis eload daripada 4% kepada 3%.

Saya sering ditanya oleh downline berkenaan isu ini. Masing-masing marah, kecewa, hampa dan sebagainya. Tidak dinafikan. Saya sendiri amat tidak puas hati. Tetapi dalam isu ini kita tidak boleh salahkan sesiapa. Tak boleh nak salahkan upline, sebab upline juga hanya agent biasa macam kita juga. Tak boleh nak salahkan MyMode sebab mereka tiada kuasa dalam penentuan nilai margin kerana produk datang dari telco. Tak boleh nak salahkan telco kerana mereka akan membuat adjustment berdasarkan permintaan dan persaingan. Misalnya Jika telco A bagi PV 3%, Telco B bagi 1-2% sahaja, kenapa mesti mereka kekal dengan 4%? Sedangkan mereka tahu, product prepaid tak jauh beza dengan minyak petrol. Tak kira walau sedikit mana keuntungannya, kuasa beli tetap tinggi. Saya ada rakan yang membuka kedai henset yang menjual prepaid 'DeeGee'. Dia terpaksa membeli stock DeeGee RM10 pada harga RM10 juga dari supplier (tiada profit margin langsung). Tetapi dia tetap terpaksa membelinya kerana pelanggan mahukannya. Jadi dia terpaksa jual produk harga RM10 dengan harga RM10.50 (ini dia punya solution, pada saya kita tak boleh salahkan dia 100%). Kerana itu juga sesetengah kawasan terutama di pendalaman sarawak dan sabah, ada diantara mereka yang menjual produk RM10 dengan harga mencecah RM15.

Jangan terlalu kecewa sehingga anda memilih untuk berhenti. Ini langkah yang diambil oleh orang gagal. Mari kita nilai terlebih dahulu sejauh manakah penurunan maxis eload sebanyak 1% ini menggugat kita.

Kalau dulu, PV maxis Eload adalah 4%. Maka agent akan dapat 60% dari pv (contoh jika agent pangkat CM). Contoh kalau maxis eload RM10, jika dulu untung 24sen, kini dek kerana PV turun jadi 3%, so jadi 18sen je. Jadinya beza kerugian agent adalah 4sen dengan berkuat kuasanya PV baru yang dinaikkan oleh maxis ni. Means.. kalau jualan kumpulan sebelum ni RM10,000... dulu leh dapat RM20 untuk overriding 5%, skang jadi RM15. Sebenarnya, jumlah penurunan hanya menurun kurang daripada RM5 bagi setiap penjualan kumpulan RM10,000. (kurang dari RM5 kerana jualan kumpulan bukan 100% berdasarkan produk maxis eload semata)

So cara nak atasi masalah penurunan bonus dan menaikkan bonus adalah dengan cara create volume jualan yang besar. Jangan lagi target jualan kumpulan RM500 atau takat RM10,000 sahaja.. target jualan kumpulan RM100,000.... RM500,000... RM1juta... RM5juta... (Tambah malang kalau ada yang target jualan peribadi sehingga 2,3 ribu sebulan kononnya nak bonus banyak. Adoi.. Ini bukan cara yang betul. Saya sebulan jualan tak pernah lebih dari RM130)

Apa-apa pun dia akan berbalik kepada konsep rangkaian atau networking yg besar. Downline ramai, automatik jualan kumpulan tinggi. Jadi penajaan penting. jika network besar, walaupun semua orang tak menjual (hanya guna sendiri) bonus tetap akan jadi besar.

Bukan saya tak bagi anda marah-marah atau complain bila maxis turunkan marginnya. Tapi kita kena tahu saluran yang betul. Jika kita marah-marah di forum prepaid4u.. marah-marah kat blog... marah-marah kepada upline, kita sebenarnya bukan berusaha untuk memperbaiki dan menaikkan bonus kita, sebaliknya hanya memberikan impak negatif kepada perniagaan ini terutama kepada yang baru nak berjinak-jinak dengannya dan secara tidak langsung membuatkan ramai yang give-up serta berputus asa lantas membantutkan jualan kumpulan kita sendiri seterusnya menurunkan lagi bonus kita dari apa yang kita perolehi kini.




4) MyPromo MyMode - Top Signup 2008

Seperti yang semua telah sedia maklum, MyMode kini melancarkan promosi Top Sign-up bermula 1-Ogos-2008 sehingga 30-September-2008. Sesiapa yang paling banyak menaja 'Direct Downline' dalam tempoh tersebut akan ditawarkan hadiah sehingga RM3000 mengikut syarat-syarat tertentu. Sila rujuk risalah promosi berkenaan di halaman ini: http://203.115.195.144/new_mymode/html/promo/view_promo_gallery.jsp?id=54

Buat masa ini, saya lihat tempat pertama merupakan agent dari kumpulan Prepaid4u juga iaitu saudara SOBRI MAT NOH (UserID: syafeeq) dengan tajaan seramai 38 orang. Tahniah saya ucapkan. Saya tak terkejut nanti kalau kesemuanya terdiri dari agent Prepaid4u.

Walau bagaimanapun saya ingin menasihatkan kepada sesiapa yang ingin menyertai MyPromo ini, jangan lah sekali-kali anda merisikokan diri untuk mendaftar 'sim card kosong' semata-mata untuk menang. Kerana pada saya, sekiranya anda betul-betul menaja dan merecruit downline baru, anda tetap menang walau apa jua keadaan sekalipun. Walaupun anda mungkin tidak berjaya memiliki hadiah yang ditawarkan, tetapi potensi yang akan dijana oleh downline tadi jauh lebih menguntungkan dalam jangkamasa panjang. Offer boleh, tapi janganlah sampai kurang daripada RM47. Kalau tak anda akan rugi.

Apa-apa pun, terserahlah kepada strategy dan percaturan anda sendiri. Saya sekadar memberikan pendapat.



5) Perkongsian kaedah promosi cara BULK SMS

Sistem bulk SMS membolehkan penghantaran SMS menggunakan komputer anda. Bukan hanya penghantaran SMS kepada satu penerima sahaja malah beribu-ribu penerima dengan beberapa klik sahaja.


Yang mana nampak lebih menyakinkan prospek anda?

Bukan itu sahaja, anda boleh membuat sebarang nama sebagai "Sender ID". Boleh digunakan bagi perniagaan, promosi, peribadi atau apa-apa tujuan hebahan. Sistem ini dilengkapi dengan berbagai aplikasi SMS/MMS seperti phone book, baki kredit, SMS peringatan, SMS scheduler, penghantaran bisnes kad, laporan berkaitan dan banyak lagi.

Maklumat lanjut sila layari http://web-sms-marketing.blogspot.com/



6) MYPOINT SHOP P4U - Topup MYeCASH cara Online

Ini bukanlah cerita baru. Perkhidmatan ini telah bertahun terdapat di web Prepaid4u namun tak semua orang tahu tentangnya. Ia merupakan servis percuma yang ditawarkan oleh 'tokey-tokey' yang dilantik secara sukarela bagi membolehkan anda topup modal MYeCASH secara online. Tokey-tokey ini kebanyakan terdiri dari leader-leader berpangkat 5StarCM yang mempunyai bonus kepimpinan yang banyak dalam bentuk MYeCASH (dulunya disebut sebagai MyPoint) jadi anda boleh membeli MYeCASH ini dengan tukaran RM1 bersamaan 1 MYeCASH. Anda boleh menggunakan Maybank2u, cimbclick dan bank islam. Perkhidmatan ini diwujudkan bagi mereka yang menghadapi kesukaran untuk menambah nilai MYeCASH mereka mungkin kerana berjauhan dengan Maybank atau tidak mempunyai Kad ATM Maybank.

Bagaimana cara untuk menggunakan perkhidmatan ini? Sila ikuti langkah-langkah dibawah:

1. Buka web http://www.prepaid4u.net
2. Login menggunakan UserID dan Password anda
3. Di ruangan ahli, perhatikan Menubar disebelah kiri, klick menu 'MYPOINT SHOP'.
4. Baca dengan teliti syarat-syarat dan langkah-langkah di halaman berkenaan.

PERLU DI INGAT: Perkhidmatan TOKEY MYPOINT SHOP adalah perkhidmatan tambahan untuk agen dibawah group Prepaid4u hasil inisiatif leader-leader prepaid4u sendiri dan ianya dibuat secara sukarela tanpa sebarang keuntungan daripadanya. Kami tidak menjanjikan yang TOKEY ini senantiasa mempunyai mypoint/myecash kerana penjualannya agak laju dan mendapat permintaan yang agak tinggi dari agen-agent. Berdasarkan pengalaman saya sendiri transaksi bagi penjualan mypoint melebihi rm1000 sehari so memang TOKEY² sendiri kadang-kadang tidak mampu memenuhi permintaan semua agen. Kaedahnya siapa cepat dia dapat. Kebiasaannya tokey hanya dapat memenuhi permintaan agen pada awal bulan iaitu selepas pengeluaran leadership bonus.

Kalau TOKEY reply kata 'kedai tutup' tuh kita kena cari alternatif lain samada guna atm maybank atau cari dari agen2 lain yang kita kenal.



7) Celcom Eload cara Manual

Actually buat masa ni memang masih belum ada cara Eload untuk produk Celcom. Cuma ada tips yang dikongsikan oleh rakan-rakan di forum yg mungkin boleh di praktikkan. (Ni lah untungnya pada orang yang selalu masuk forum. Banyak tips boleh dapat)

Taipkan:
REC16-digit-pin-topup NO TELEFON PENEREIMA
hantar ke 2888

Tapi hanya agent yang menggunakan talian celcom jer yg boleh guna cara tu. so.. agent hanya order type PIN C20 1 tak perlu isikan to noHPcustomer. Kemudian forwardkan ikut kaedah diatas.

Faedahnya:
1) dapat solved problem pelanggan yg cuba nak tipu kata 'pin tak sampai'
2) dapat selesaikan masalah 'orang yg tak reti apa nak buat dengan pin tu'.



8) Maxis Softpin NO STOCK

MyMode telah menghentikan penjualan keatas produk Softpin Maxis. Jadi jangan order bagi mengelakkan message ERROR OUT OF STOCK. Sila order menggunakan arahan Maxis Eload. Tiada masalah pada stock Maxis Eload (Unlimited stock)

Sentiasa rujuk code produk yang terkini dari Mobile Lounge MyMode atau dapatkan Buku Guideline versi terkini dari STARTERKIT Prepaid4u. Jika anda masih merujuk kepada Buku Guideline yang lama, sila download yang baru.



9) Agent Interaction Center (AIC) @ MyMode Helpdesk

Tahukah anda Head Quarter (HQ) MyMode mempunyai talian Helpdesk (AIC) yang beroperasi mengikut waktu pejabat? Seramai 4 orang AIC telah ditugaskan untuk membantu anda. Sekiranya anda menghadapi mana-mana masalah dibawah seperti:

* Penukaran no HP keahlian agent Mymode
* Kehilangan @ Terlupa no PIN MyMode
* Masalah berkenaan menambah modal MYeCASH melalui akaun syarikat ataupun ATM Maybank.
* Masalah berkenaan GATEWAY server
* Masalah tentang produk
* Ingin mengaktifkan semula akaun mymode yang telah dibekukan kerana tidak aktif selama 6 bulan berturut-turut
* Dan lain-lain isu yang berkaitan dengan servis, produk serta perkhidmatan syarikat

Anda hendaklah menghubungi talian AIC iaitu 03-42702703 atau Talian TOLL FREE 1300 888 939 pada waktu pejabat.

Tips setiap kali menghubungi AIC untuk mengadu masalah:

1. Bila call HQ, tanya dengan siapa yang anda bercakap. Kenali orang yang menjawab panggilan anda. Ini penting bila anda terpaksa menghubungi mereka sekali lagi untuk bertanyakan masalah yang sama, minta disambungkan kepada orang yang sama supaya lebih senang masalah anda dikenal pasti. Kita kena ingat, ada 3,4 orang operator yang incharged dan anda tidak bercakap dengan orang yang sama setiap masa. Jadi kalau anda tak tahu sebelum ini anda dah refer masalah anda kepada siapa, itu akan menjadi masalah apabila terpaksa menjelaskan berulang-ulang kali masalah yang sama.

2. Bila dia kata dia akan 'call anda semula'. jangan lurus bendul sangat. kalau dia kata nak call semula petang, bila takde jer dia call petang tu, terus call dia semula (pastikan anda bercakap pada orang yang sama) dan tanya bagaimana dengan status masalah anda. Kalau dia kata 'sedang di tangani dan sebagainya', cakap anda akan hubungi semula esok. Tak perlu cakap lama, sekejap2 je. Janji ada follow-up. Gerenti leh settle sekejap jer. Buat-buat sibuk sikit. kekejap, call. kekejap, call. Kalau stail tunggu je.. tu yg jadi 4,5 hari tu.



10) Masalah topup modal melalui ATM Maybank

Masalah topup modal melalui ATM Maybank kini selesai. Walaubagaimanapun untuk makluman, saya sertakan perbincangan kami (para admin prepaid4u) dengan CEO Mymode, Mr. Jason Chin.

Question 1: About the Myecash at ATM, I think the problem still not settle. Still have a lot of atm having the problem all over Malaysia. Can we know what is the actual reason? Problem from Maybank server got problem or stock at of myecash finish?

CEO Answer: We have found the problem with Maybank and the problem will resolve it by next Monday (19th August) due to the key person for the ATM is on leave. Please understand Bank also have their own procedures and furthermore the ATM is managed by CFO (outsource company).

We have informed by Maybank the problem will resolve by Monday, however due to circumstances we have just received the news from Maybank the ATM upload process can only complete on 20th.

The problem occur due to out of soft-pin for 60 & 200 and we have not receive any alert. Sorry for any inconvenience caused at your end.

Beside Maybank, we have also in the finalise process with additional 3 top up channel very soon.

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

Question 2: They are lot of request to increase the Topup more than RM200

Since now we have Mymode account as a spare backup mypoint account, so we can topup more money inside. Why not increase the limit at Maybank MyeCash at atm like we have in the past. RM400 would be best. Our MyeCash account still adhering to the Bank Negara rules that is RM200 limit . Does Bank Negara control how much mymode can put on the MyeCAsh at Maybank ATM? Even if you put Rm400, we still putting Rm200 max at our myecash account and the extra into our mymode account.

Hope you can consider this as option. Right now if agent need to topup Rm800 urgently .. they need to buy 4 times RM200 .. give RM4 processing fees. Now with the ATM problem... somemore worst. Just voicing out agent concern.

CEO Answer: I fully understand the top-up situation, however we still need to follow the 200 limit at this time. We have prepare our proposal to BNM to increase to 500. But due to some of the irresponsible player in the market BNM had tighten up the rules to justify for the increase of limit. We are still work on it now.

Once we obtain the the approval from BNM, for sure will increase to max limit 500 perhaps we would like propose more but less than 1k.

2 more banks will participate as our top up channel in September 08.



11) Wasiat Admin Prepaid4u yang lepas-lepas

Seperti yang semua maklum, setiap newsletter wasiat yang saya telah emailkan kepada para downline, tidak pernah saya ulang cetak. Ianya ditulis merujuk kepada situasi dan keadaan semasa pada ketika ianya dihantar. Dan nasihat serta tips yang saya berikan mengikut apa yang terlintas di kepala saya pada ketika itu. Lantaran itu, sudah pasti kepada agent-agent yang baru sahaja menyertai Prepaid4u terlepas dari info-info yang telah saya berikan sebelum ini. Jadi saya mengambil keputusan untuk mempublishkan semula newsletter-newsletter wasiat sebelum ini di dalam Web Tutorial MyMode yang telah kami bangunkan di http://mobile.prepaid4u.net

** Update: Wasiat bulan Jun 2008 yang lepas dah di update ke dalam web berkenaan.

Sila berkunjung ke Forum Prepaid4U di http://forum.prepaid4u.net sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, pertanyaan dan pendapat. Terlalu banyak ilmu yang boleh anda belajar berkenaan MyMode ini di forum. Kepada sesiapa yang masih belum mempunyai akaun untuk memasuki forum dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya sila baca tutorial di sini.

Selamat maju jaya! Sesungguhnya kejayaan anda adalah satu kebanggaan bagi kami.



Regards,

Adi Nor Jaffar
Founder of Prepaid4U.Net
7StarCM Agent Since Oct 2005.
*Saya bukan staff MyMode......

**http://prepaid4u.net/?id=arifgha

No comments: