Thursday, August 28, 2008

Pengalaman Top Leader

Nasihat kepada Agent Baru (MA, MM, CM)

Walaupun anda dah setahun join, tapi masih MA atau CM, saya tetap kategorikannya sebagai agent baru. Anggap saja anda baru nak start semula dari sekarang dengan azam yang baru. Walaupun dah banyak masa terbuang sebelum ini, janganlah diendahkan. Yang dah lepas tu lepas. Kena lihat ke depan. Dibawah ni saya nak kongsikan pengalaman saya sendiri.

Mobile Agent Name : ADI NOR BIN JAFFAR

Rank Date
Mobile Agent 08/10/2005
Mobile Manager 26/10/2005
Chief Mobile 11/11/2005
Junior Chief Mobile 02/01/2006
Senior Chief Mobile 12/02/2006
Super Chief Mobile 24/03/2006
Star Chief Mobile 10/04/2006
2-Star Chief Mobile 02/06/2006
3-Star Chief Mobile 11/07/2006
4-Star Chief Mobile 27/07/2006
5-Star Chief Mobile 31/08/2006
6-Star Chief Mobile 04/11/2006
7-Star Chief Mobile 11/11/2007

Saya mengambil masa 2 minggu lebih hanya untuk naik ke pangkat MM. Bertapa slownya..
Saya mengambil masa sebulan lebih untuk capai CM sedangkan orang lain boleh naik CM dalam masa 3,4 hari sahaja.
Dari pangkat CM pula, hampir 2 bulan lamanya baru saya capai pangkat JuniorCM.
Lepas tuh sebulan lebih pulak nak naik ke pangkat SeniorCM. Nak naik ke pangkat SeniorCM pun saya perlukan 5 bulan!! Berapa bonus saya pada masa tu? Ha ini lah bonus saya pada bulan 2-2006
MyRewards Statement For 2/2006
Weekly Rebate 2/2006 p1 : 44.71
Weekly Rebate 2/2006 p2 : 27.22
Weekly Rebate 2/2006 p3 : 21.25
Weekly Rebate 2/2006 p4 : 53.59

--------------------------------------------------------------------------------
Total : 146.77

Seminggu antara RM20 ke RM50 jer boss... tak banyak. Selepas 5 bulan buat baru setara itu sahaja pendapatan saya. Ini hebat ker? Tak hebat! Nak marah kat siapa? Saya sendiri yang lembab. Jadi sekiranya anda berpendapatan sebegini ketika ini, tak perlulah rasa malu atau frust menonggeng tak tentu pasal. Itu rezeki jugak tu. Tapi adakah saya berhenti berusaha setakat itu sahaja? Nope!

Cuma bila saya buat sesuatu, saya akan lihat leader yang berpendapatan paling tinggi. Dan saya akan kaji latar belakangnya. Kemudian saya akan tanya kepada diri saya sendiri, apa bezanya dia dari aku? Pada masa itu, leader yang saya kenal (bukan kenal la... cuma tahu nama sahaja) adalah En Nordin, dari Kota Bahru Kelantan. Pendapatannya masa itu dah lebih RM20,000 sebulan selepas setahun lebih dia menyertai MyMode. Saya kata pada diri saya, kalau AbeDin boleh buat dalam masa setahun RM20,000 sebulan, saya setahun dapat separuh dari itu pun cukuplah! Sedangkan masa zaman Abe Din, tiada website replika.. tiada pendekatan online.. tidak guna email.. semuanya konvensional. Kenapa aku tak boleh buat macam dia?

Saya teruskan usaha tanpa kira apa orang nak cakap. Masalah masa tu cukup banyak. Masalah stock selalu habis, Masalah Digi tetiba diberhentikan, Masalah tukar marketing plan dan bermacam lagi. Tapi saya tahan. Bak kata orang Cina, 'Zen'. Kena maki dengan downline setiap kali server bermasalah, itu dah macam makan nasi. (Kadang-kadang bukan salah server pun... dia yang salah type command, tapi kita gak yang kena marah. hehehe)

Selepas setahun, saya berjaya juga capai pangkat 5StarCM (walaupun target asal saya 2 tahun). Dan bonus saya masa itu (bulan 10, 2006)

MyRewards Statement For 10/2006
Weekly Rebate 10/2006 p1 : 821.61
Weekly Rebate 10/2006 p2 : 739.06
Weekly Rebate 10/2006 p3 : 716.61
Weekly Rebate 10/2006 p4 : 478.25
Weekly Rebate 10/2006 p5 : 919.68
MP Pool 10/2006 : 97.40
Leadership Rebate 10/2006 : 9,557.12

--------------------------------------------------------------------------------
Total : 13,329.73

Saya ceritakan semua ini semata-mata nak menunjukkan kepada tuan puan, yang mana saya ini tiada beza dengan tuan puan. Tiada hebatnya saya ini. Biasa-biasa saja. Dan sepatutnya TIADA satu sebab pun yang menghalang tuan puan untuk berjaya seperti saya atau jauh melebihi saya. Sedangkan di zaman tuan puan, kita dah ada web replika... kita dah ada starterkit... kita ada web tutorial.. kita ada followup dan servis melalui email... kita dah ada eload maxis.. dan berbagai lagi. Yang menghalang tuan puan dari berjaya, bukan siapa-siapa, tapi diri tuan puan sendiri. Teruskanlah usaha.

Rajin join diskusi di forum kita kat http://forum.prepaid4u.net
Baca dan fahamkan setiap bahagian dalam buku guideline
Fahamkan marketing plan dan cara pengiraan bonus MyMode
Rajin jenguk web tutorial kita di http://mobile.prepaid4u.net
Jangan mudah putus asa
Jangan takut untuk kena kutuk
Percaya dan yakin dengan diri sendiri

4. Nasihat untuk Leader-leader.

Kepada yang merasakan sudah selesa dengan pangkat yang diperoleh sekarang dan mula mengambil keputusan untuk 'tidur', saya harap bangkitlah. Teruskan promosi, teruskan mencari prospek baru, bantu downline, solidkan cabang-cabang downline yang lemah prestasinya, lahirkan sebanyak mungkin 'kaki gajah' (means, solid legs... bukan setakat CM legs sahaja.) Ini kerana bonus kepimpinan anda bergantung kepada prestasi kumpulan dibawah anda, bukan sekadar untuk syarat melayakkan anda memperolehi bonus leadership sahaja. Kerana itu ada bonus kepimpinan agent berpangkat 5StarCM hanya RM500-RM700 sahaja, tetapi ada pula bonus kepimpinan agent berpangkat 3StarCM yang berjaya mencecah ribuan ringgit.

Bila bonus anda mula merosot, maka itu tandanya anda perlu bekerja lebih sedikit sekiranya nak meningkatkan kembali bonus anda. Pecahan usaha bolehlah saya gambarkan seperti dibawah:

Agent baru (MA & MM) - 100% usaha untuk mencari downline disamping guna sendiri.
CM ke Senior CM - 70% cari downline, 30% service downline yang ada.
SuperCM ke StarCM - 50% cari donwnline, 50% service downline yang ada.
2starCM ke 4StarCM - 30% cari downline, 70% service downline yang ada
5StarCM keatas - 10% cari downline (solidkan cabang-cabang lemah), 90% servis downline yang sedia ada.

5. Apa makna SOLID LEG? (kepada agent yang telah mempunyai direct downline terutama pangkat CM keatas)

Cuba anda login di mobile lounge, dah klick pada menu 'Group Performance'. Di bahagian No. of sign-up under my group cuma klick pada link 'View Sign-Up By Group' untuk melihat perinciannya. Kemudian pada bahagian Sales under my group klick pada link 'View Sales By Group' untuk melihat perinciannya. Ini adalah untuk tujuan pemantauan cabang-cabang yang aktif dalam kumpulan anda.

Tidak dinafikan, pada agent-agent yang masih baru, jualan RM20,000 pada satu cabang misalnya sudah dirasakan amat besar. Tapi bagi Leadership level, untuk merasa bunus kepimpinan 5,6 ribu atau mencecah 5 angka, make sure ada 3,4 cabang yang minimum sales performancenya melebihi RM100K untuk setiap cabang. Memang syarat company untuk melayakkan leadership bonus minimum 1 cabang jualan terkumpul adalah RM2000. Tapi, kalau aim untuk target minimum... dapatnya minimum jugaklah.

Kepada 5StarCM, sepatutnya pada tahap anda (jika merujuk kepada prestasi saya masa memula capai 5StarCM pada 31 Ogos 2006 dulu) sepatutnya jualan kumpulan dah melebihi RM800K (minimum). Jika anda masih terlalu jauh pada target yang saya letakkan ini, beerti rangkaian downline anda belum betul-betul berkembang lagi walaupun hakikatnya anda telah perstatus 5StarCM.

Ambil logik ini, untuk nak jadi 5StarCM, cuma memerlukan 216 orang downline sahaja. Tetapi amat berbezalah performance group dari 5StarCM yang cuma ada 216 downline berbanding 5StarCM yang ada 5000 orang downline (walaupun sama-sama 5StarCM). Ini yang saya maksudkan 'rangkaian downline anda belum betul-betul berkembang lagi' tadi.

6. Wasiat Admin Prepaid4u yang lepas-lepas

Seperti yang semua maklum, setiap newsletter wasiat yang saya telah emailkan kepada para downline, tidak pernah saya ulang cetak. Ianya ditulis merujuk kepada situasi dan keadaan semasa pada ketika ianya dihantar. Dan nasihat serta tips yang saya berikan mengikut apa yang terlintas di kepala saya pada ketika itu. Lantaran itu, sudah pasti kepada agent-agent yang baru sahaja menyertai Prepaid4u terlepas dari info-info yang telah saya berikan sebelum ini. Jadi saya mengambil keputusan untuk mempublishkan semula newsletter-newsletter wasiat sebelum ini di dalam Web Tutorial MyMode yang telah kami bangunkan di http://mobile.prepaid4u.net

Ianya akan saya update dalam sedikit masa lagi. Harapan saya agar anda semua sentiasa merujuk juga ke laman web berkenaan kerana sesetengah tips dan penjelasan yang diberikan di situ tidak terdapat dalam web prepaid4u dan juga dalam buku guideline.

7. Sedikit maklumat tambahan untuk pengguna handphone

Maxis Activ5 kini dah ditambah kepada Activ10. Jadi kita boleh tambah lebih banyak no Gateway sebagai Activ10 kita.
http://websms.maxis.com.my/ menawarkan 3 free sms/day kepada ahlinya.
Hotlink membuat promosi SMS Super saver iaitu RM1 utk 50 SMS/sehari dan RM7 untuk 1500 SMS/seminggu. Kepada agent yang membuat promosi atau followup secara SMS, jangan lepaskan peluang ini. Rujuk Web Rasmi Hotlink.

8. Buku Guideline Lengkap dan Kompilasi Tips Otai Prepaid4u kini boleh dimuat turun dari ruangan STARTERKIT.

Sila berkunjung ke Forum Prepaid4U di http://forum.prepaid4u.net sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, pertanyaan dan pendapat. Terlalu banyak ilmu yang boleh anda belajar berkenaan MyMode ini di forum. Kepada sesiapa yang masih belum mempunyai akaun untuk memasuki forum dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya sila baca tutorial di sini.

Selamat maju jaya! Sesungguhnya kejayaan anda adalah satu kebanggaan bagi kami.

http://prepaid4u.net/?id=arifgha


http://prepaid4u.net/?id=sailormoon


http://prepaid4u.net/?id=annah


http://prepaid4u.net/?id=dillah

No comments: