Friday, February 6, 2009

Pesanan Super Upline

ULANGTAHUN KE-5 MYMODE/MYeCASH
Sama-sama kita harap sesuatu yang baik berlaku di 2009 akan datang

Dalam seminggu dua ni, saya banyak menghabiskan masa untuk service cabang-cabang downline saya yang lemah. Ia termasuk dari cabang isteri saya, kedua-dua orang anak saya, dan beberapa cabang yang didaftarkan bawah rangkaian adik-beradik saya.

Yang terbaru, downline anak no 2 saya, Faris. Network dia muda lagi. Baru ada dalam 521 orang je. Tapi kira okay lah since Faris baru jer 9 bulan usianya tetapi at least dia dah ada income RRM400-RM500 sebulan. Dah lebih dari cukup untuk tampung belanja pampers dia. Tapi kalau kesemua 521 orang nih hidup dan aktif, lagi bagus. So, sama macam sebelum ini, hari ni pun saya blast lagi SMS kepada semua downline dibawah network Faris. Kalau semalam kosnya antara RM60-Rm70 untuk menghantar 773 SMS, so saya anggarkan untuk 521 SMS ni kosnya antara RM40-RM50 lagi.
Prestasi Gateway MyMode kini lebih laju. Ada Eload Celcom & Maxis (auto Topup). Tambah modal online guna CIMBclicks & CIMB Bazar. http://prepaid4u.net

Selain dari SMS diatas, ada beberapa SMS peringatan turut dihantar, seperti:
List Gateway MyMode/MYeCash: 0172152133, 0172152144, 0123868507, 0123051933, 0196933199, 0196246652, 0196246649, 0162018555 atau 0162281292 (Selain ni, bukan.)

Cara utk beli topup maxis & celcom:

Arahan: PIN<>M/C<>Nilai<>to<>NoHP
Contoh: 1234 C 5 to 0132602292

M=Maxis
C=Celcom

Send ke Gateway MyMode.

Kenapa saya buat macam tu? Yakin ker diorang akan kembali aktif? Saya akan terangkan pasal tu kemudian. Persoalannya sekarang kenapa prestasi kumpulan merundum kaw-kaw punya bulan beberapa lepas dan mengapa berlakunya fenomena 'downline mati'? Dari penelitian saya, terdapat beberapa penyumbang kepada masalah ini dan diantaranya:

1. Masalah Gateway lembab, selalu down dan respon yang terlalu lama menyebabkan agent fed-up
2. Kesukaran menambah modal bila saluran yang ada cuma lebih mesra kepada pengguna akaun maybank sahaja
3. Masalah pada Mail Server prepaid4u menyebabkan selama 2 bulan saya tidak dapat menghantar email follow-up, email education dan email wasiat yang kebiasaannya dihantar setiap bulan.

Akibat dari perkara-perkara ini, saya lihat banyak agent yang berputus asa, frust dan sebagainya. Tetapi satu perkara yang baik dalam mymode, keahlian kita adalah seumur hidup. Biar anda frust dan berhenti buat mymode selama 3,4 bulan sekalipun, tetiba bulan ke-4 terasa nak aktif semula, ianya tak menjadi masalah. Kita tak perlu register semula, bayar yuran sekali lagi atau sebagainya. Jadi kenapa menjadi masalah kepada saya untuk service dan menggerakkan semula downline yang sedia ada?

Kan ia ternyata lebih mudah dari mencari downline baru? Jika downline baru, saya perlu menerangkan kepadanya dari A sehingga Z supaya dia faham. Tetapi ini yang dah pernah jadi agent, tak perlu begitu kerana mereka semamngnya dah faham. Cuma mereka perlukan suntikan semangat dan bimbingan serta info terkini mengenai situasi dan keadaan perniagaan sekarang. Sama juga seperti perniagaan direct selling atau MLM lain yang mempunyai meeting setiap minggu. 2,3 kali tak pergi meeting jer, semangat dah mula drop. Tapi jika upline nya bagus, upline akan service, jumpa, bercerita dan memberitahu berita-berita terkini untuk update kepada downline-downlinenya. Sama ada usaha kita memberikan hasil atau tidak, itu bukan persoalannya.

Jika kita tanam pokok, kenapa perlu kita siram setiap hari? Adakah bila kita siram setiap hari kita boleh jamin pokok ini akan cepat tumbuh membesar dan berbuah dengan banyaknya? Sudah pasti tidak sebab tu bukan kerja kita. Itu kerja tuhan. Tapi tak boleh la kita biarkan pokok tu kering layu tanpa disiram. Sama lah juga kisahnya dalam perniagaan MyMode ni.



Kenapa sekarang?

Ianya ada kena mengena dengan meeting pihak pengurusan prepaid4u iaitu saya, Philip, Harri dan Mr Lee dengan pihak pengurusan atasan MyMode iaitu Mr Jason (CEO), Mr Edward (COO) dan Mr Choong (CTO) pada bulan lepas. Detail perbincangan boleh rujuk disini. Berikutan dari meeting tersebut, saya lihat banyak improvement telah dibuat oleh pihak syarikat dalam menangani masalah prestasi server dan Gateway. Dan seperti yang semua maklum, prestasi gateway kini jauh lebih stabil dan jangkawaksu urusniaga diproses kini amat pantas berbanding sebelum nya. Tetapi oleh kerana terlalu lama masalah ini berlarutan sebelum ini, menyebabkan agent yang telah berputus asa sebelum ini tidak berpeluang untuk mengetahui tentangnya.

Bukan itu sahaja, pihak syarikat juga telah cuba mendapatkan khidmat dan pandangan dari Mr Philip iaitu salah seorang dari Admin prepaid4u untuk memperkasakan lagi sistem pengoperasian mymode bagi memastikan kelancaran dan tiadanya gangguan pada pengatucaraan server, databased mahupun prestasi gateway. CEO percaya dengan selesainya masalah ini berbagai perancangan baru dapat di implimentasikan seperti membawa masuk produk u-mobile, sistem tambah nilai melalui maybank2u, Ambank dan berbagai lagi. Dalam tempoh 5 tahun ini kita telah berjaya membuktikan yang hanya kita mampu bertahan dengan arus global dan persaingan dalam perniagaan berasaskan SMS Prepaid ini. Kita telah saksikan satu demi satu Company dan Marketing plan seperti RP, ME, MW dan sebagainya yang dulunya hangat dan ingin menyaingi Mymode tumbang satu demi satu dan akhirnya senyap begitu sahaja. Jika dulu kita boleh bersaing, kenapa dimasa kini yang kita menjadi satu-satunyacompany yang masih ada boleh membiarkan sahaja potensi yang begini punya besar?

Kini masalah pada Mail Server prepaid4u telah berjaya di selesaikan. malah kerja-kerja invitation email, follow-up email dan sebagainya telah mula berjalan seperti biasa. malah secara perlahan-lahan saya dapati kini prestasi kumpulan baik dari segi jualan mahupun tajaan telah menunjukkan perkembangan yang positif. Saya percaya jika keadaan ini berterusan, prestasi kumpulan amnya dan prestasi agent khususnya akan mampu mencapai tahap yang pernah dicapai oleh kita satu ketika dulu.

Sehingga kini, hampir 5000 SMS telah saya hantar (yang tak dapat tu, minta maaflah. Saya tak mampu nak hantar kepada semua 74000 orang downline. Jadi saya pilih berdasarkan beberapa kriteria yang saya tetapkan sendiri). Moga-moga ada yang dibukakan hati dengan peringatan yang aku berikan. Berapa kos SMS yang saya tanggung? Saya sendiri tak pasti. Yang nyata saya rasa ianya setimpal dan berbaloi walaupun saya hanya berjaya mengejutkan 10% dari mereka. Kerana saya yakin jika kena pada gayanya, 10% ini akan berkembang menjadi puluhan ribu agent baru suatu masa nanti.

Kepada leader-leader dibawah kumpulan saya yang sebelum ini sangat cemerlang dan ramai antaranya yang mampu berpendapatan sehingga ke 5 angka. Malah pendapatan hasil MyMode jugalah yang memberikan ruang kepada mereka-mereka ini cuba menceburi dalam bidang lain. Ada yang sertai program itu. Ada yang sertai program ini. Try itu, try ini. Dalam masa yang sama telah mengabaikan performance group sendiri dalam MyMode. Dalam cuba mengambil risiko untuk mempelbagaikan sumber pendapatan, mereka lupa kalau bukan kerana kejayaannya dalam MyMode, sudah pasti mereka takkan berpeluang untuk berbagai perkara lain. Persoalannya, kenapa dalam mengejar sesuatu kita biarkan benda yang sedia kita kendong tercicir? Jangan salahkan orang lain mengapa pendapatan kita dalam Mymode semakin merosot kalau kita sendiri yang tidak bekerja sama seperti mana usaha keras kita suatu masa dulu.

Saya juga kecewa sebelum ini. Tetapi saya memilih untuk bangkit semula sekarang. Saya tak pasti tentang yang lain. Sama ada ingin kembali berjuang bersama-sama saya atau memilih untuk menyelahkan takdir sepanjang hayat.



Kepada yang ingin mengubah nasib dan memperbaiki prestasi kumpulan masing-masing tetapi tak tahu nak bermula bagaimana, boleh sahut saranan saya dibawah;

1. Login ke Mobile Launge MyMode/MYeCASH dengan menggunakan no HP dan PIN anda.
2. Klick menu 'Referral Network'.
3. Copy semua no HP downline anda untuk level 1 dan 2.
4. Hantar 3 SMS seperti yang saya telah hantar diatas.

Jika proses ini dilakukan berterusan oleh downline anda juga, beerti message yang kita nak sampaikan tetap akan sampai walaupun dowline tersebut berada 10 level daripada kita. Kos? memang akan ada kos yang terlibat dalam proses ini. namun ada beberapa cara untuk kita meminimumkan kos ini.

Kepada pengguna maxis, tebus mata ganjaran anda dengan free SMS. Caranya:

1. dial *100#
2. reply 2 (ganjaran)
3. reply 2 (tebus ganjaran)
4. reply 2 (SMS)
5. reply 4 (500 mata untuk 250 free SMS) ini bergantung kepada mata yang anda ada. Kalau sebelum ni anda tak pernah redeem ganjaran, saya rasa mesti cukup untuk 500mata.
6. tunggu 24 jam ianya diproses. nanti maxis akan hantar satu SMS mengatakan samada ianya berjaya atau tidak dan mereka akan maklumkan baki mata anda. Mata ini adalah point yang anda dapat setiap kali anda topup rpepaid handphone anda. Anda boleh tebus ganjaran SMS beberapa kali selagi mata anda cukup.
7. Setelah berjaya anda boleh check semula dengan mendail *122#

Tips 2: Selain dari pada itu, anda boleh memberi keutamaan kepada downline yang menggunakan talian telco yang sama dengan anda bagi mendapatkan kos sms yang lebih murah. Jika credit ada lebih, barulah hantar kepada yang lainnya. Ini bergantunglah kepada diri masing-masing.

Tips 3: Jika tak mampu nak hantar SMS peringatan kepada semua downline level 1 dan 2, bagilah pada downline level 1 sahaja. Kemudian pesan kepada mereka untuk melakukan perkara yang sama kepada downline mereka pula.

Saya tak menjanjikan usaha ini akan membuahkan hasil. Tapi saya berani jamin ianya akan memberikan kesan. Kita hanya berusaha, selebihnya tuhan sajalah yang menentukan.

http://prepaid4u.net/?id=aqibizzati
http://prepaid4u.net/?id=arifgha

No comments: